{tab MAKLUMAT AM}
Maklumat Program
Merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar di mana ianya terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Penawaran program ini adalah secara sepenuh masa (2 tahun). Pelajar juga akan menjalani Latihan Industri atau Program Internship - jika diperlukan oleh SKK yang memerlukan pendedahan industri atau penilaian oleh Panel Penilai Luar / Industri.
Apakah menariknya program ini?
-
Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
-
Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
-
Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
-
Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
-
Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
-
Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran
Kursus Tawaran di bawah SKK (M)
- Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
Syarat Kemasukan:
- Warganegara MALAYSIA;
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara;
Tempoh Pengajian:
- 24 bulan / 2 tahun
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian minimum 24 bulan. Perlaksanaan secara modular dan tempoh setiap modul adalah selama empat (4) bulan.
Bantuan Kewangan
Kementerian Pengajian Tinggi telah memperuntukan bantuan kewangan bagi membantu pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti
A. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
Para pelajar yang mempunyai ibu/bapa/penjaga berpendapatan RM 4849.00 dan ke bawah layak memohon (tidak tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah) dan akan menerima bantuan sebanyak RM 5400.00 untuk tiga semester. Bantuan Kewangan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat semasa.
{tab CARA PERMOHONAN}
Cara Permohonan
Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti dibuka sepanjang tahun melalui laman web:
Pembeliaan no. unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) :
(Jika calon telah membeli no. unik id tetapi telah hilang no. tersebut anda perlu membeli semula)
Lepasan SPM/SKM/Setaraf : RM10.60
Lepasan STPM/Setaraf : RM15.60
2. Permohonan secara 'walk in' di Kolej Komuniti:
Datang ke Kolej Komuniti berdekatan dengan membawa salinan kad pengenalan serta salinan keputusan SPM
{tab PERMOHONAN ONLINE}
{tab PORTAL PENGAMBILAN PELAJAR}
{/tabs}

