Syarat Am Kemasukan | 1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas) |
Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS
Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan dibentuk untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri untuk menjadi pekerja separa mahir. Program ini meliputi kemahiran dalam bidang pemprosesan makanan dan kawalan mutu hasilan makanan. Kursus yang ditawarkan merangkumi pemprosesan dan pembungkusan semua kategori makanan khususnya yang bersumberkan bahan mentah tempatan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Pemprosesan dan kaedah pengawetan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan hasilan laut, daging dan ayam, telur, bakeri dan konfeksionari.
2. Pengenalan tentang pengawalan mutu makanan, baik semasa atau selepas pemprosesan, aspek kandungan makanan dan pemakanan.
3. Perundangan Makanan dan Pengenalan Makanan Halal yang menjadi isu utama dalam pemprosesan makanan.
4. Pengurusan dan pemasaran hasilan makanan.
PROSPEK KERJA
Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menjadi tenaga kerja separuh mahir yang kompeten dalam teknologi pemprosesan makanan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri makanan. Antara pekerjaan yang berpotensi adalah:
1. Pembantu Kawalan Kualiti Makanan
2. Pembantu Jaminan Kualiti Makanan
3. Pembantu Makmal
4. Usahawan Industri kecil dan sederhana
5. Penolong Pengurus Restoran
6. Penolong Pengurus Pengeluaran Makanan
7. Penolong R & D
8. Penolong Pegawai Penyelidik