Syarat Am Kemasukan | 1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas) 5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
|
Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS
Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan dibentuk untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri dalam menjadi pekerja separa mahir. Program ini meliputi kemahiran dalam bidang sains dan teknologi makanan, kawalan mutu makanan, konsep halal thoyyiba, pembungkusan makanan serta keusahawanan. Program yang ditawarkan ini, sejajar dengan peraturan dan undang undang yang sedang berkuatkuasa.
OBJEKTIF PROGRAM
1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam bidang teknologi pemprosesan makanan.
2. Mempamerkan kemahiran teknikal, kemahiran teknologi digital dan menunjukkan kemahiran kuantitatif dalam bidang teknologi pemprosesan makanan.
3. Mempamerkan kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal serta ciri kepimpinan di dalam kumpulan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan budaya dalam memperkasa pembelajaran sepanjang hayat.
4. Membudayakan pembangunan kendiri, pemikiran keusahawan serta mamatuhi etika kerja dan profesionalisme dalam komuniti dan pihak berkepentingan.
PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menjadi tenaga kerja separuh mahir yang kompeten dalam teknologi pemprosesan makanan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri makanan. Antara pekerjaan yang berpotensi adalah:
1. Pembantu Kawalan Kualiti Makanan
2. Penolong Pengurus Pengeluaran Makanan
3. Usahawan Industri Kecil dan Sederhana
4. Penolong Pengurus Restoran
5. Penolong Pegawai Penyelidik
6. Pembantu Makmal